Cari Blog Ini

Ahad, 19 Mac 2017

Muka melecur? Jangan bimbang..FO kan ada

Terkenang kembali saat akak mula terpaut hati dengan Mary Jardin sebulan yang lalu....
(Sambil berlatarbelakangkan alunan biola Mohabbatein)


Ke klinik gigi petang semalam untuk bukak jahitan surgery...tapi disebabkan muka kiri-kanan-atas-bawah 'melecur', saya pakai shades konon malu tampil di khalayak ramai (poyo sangat!)...persis artis naik mahkamah gitu....😎😎

Pagi ni alhamdulillah, saya dah boleh breakfast di kedai mamak tapi tanpa pakai shades...😄😄

Skingoals mula2 guna Mary Jardin Face Oil achieved.

✔ Pedih di muka dah hilang
✔ Muka dah tak gatal2
✔ Kesan 'lecur' dah kurang....

Dan saya masih tekun & setia dengan Mary Jardin hingga ke hari ni. Bezanya, dulu akak bermula dengan hanya Face Oil. Tapi kini, ketiga-tiga produk menjadi rakan karib akak.




Gambar ni adalah muka akak sendiri sebelum & selepas menggunakan FO. Ngeri tak ngeri kalau korang jadi akak?



Nani Mahmud
0134789182


#MaryJardin
#MJBelle
#MaryJardinAgent
#OrganicSkincare
#Skingoals

Sabtu, 18 Mac 2017

Serum oh serum...

Korang tau tak yang KULIT adalah organ terbesar dalam tubuh kita.



Kulit kita terdiri dari 3 lapisan utama:

1. Epidermis - lapisan paling luar
2. Dermis - lapisan ke dua
3. Subcutaneous tissue

Ada 2 sebab utama yang menyebabkan skin aging ni:

1. Faktor dalaman (instrinsic) - genetic
2. Faktor luaran (extrinsic) - environment


Tapi bila kedua faktor ni mempengaruhi struktur kulit, faktor extrinsic lebih kuat mempengaruhi.

Apa sebenarnya perubahan biochemical yang terjadi apabila kita terkena paparan UV ni?

1. Pembentukan Reactive Oxygen Species (ROS),
bukan 🌹🌹🌹 tau. Lebih dikenali sebagai radikal bebas, pernah dengar?

2. Enzyme Metalloproteinase enzymes (Matrix Metalloproteinase or MMPs) aktif, menyebabkan penurunan yang ketara dalam pembentukan collagen.


Maka faktor utama yang menyebabkan kedutan, pigmentation (jeragat) & tona tak sekata, semua yang berkaitan dengan skin aging adalah sinar UV!!


Radikal bebas pula akan menyebabkan cell damage dan akan percepatkan skin aging.
Selain tu production collagen akan menurun dengan cepat bila cell demage berlaku.


Oleh kerana itu, SPF sebenarnya penting pada kita. Berapa SPF (Sun Protection Factor) yang diperlukan oleh kita?
SPF30 ni macam optimum level. Maksudnya lepas SPF 30, protection provided tak berkadar terus dgn nilai SPF. Walaupun SPF tinggi, beza protection provided tu sikit je. Kalau kat klinik, untuk orang yang ada penyakit photosensitivity, memang doktor akan prescribe higher SPF pun, SPF 50. Tapi untuk general population SPF30, dah mencukupi.


So, meh kita tengok apa yang hebat tentang MJ Serum ni. Di sini akak senaraikan kelebihan MJ Serum & bahan-bahan bagi setiap fungsi:

🍁 Agen depigmentasi (agen pemutih semulajadi)
- arbutin
- cinnamon
- licorice

🍁 Antioxidant (menyahkan radikal bebas)
-vitamin c
-arbutin
- lemon fruit extract
- burdock root extract
- green tea leaf extract

🍁 Rejuvenating agent
- salmon collagen
- sodium hyaluronate




Lately kan ada argument pasal collagen ni betulke boleh menyerap ke kulit kita.
Seperti yang disenaraikan tadi, Salmon collage adalah salah satu bahan dalam MJ Serum ni. Boleh penetrate skin ke tak?Bukanke collagen ni macromolecules? Jawapannya:
Size salmon collagen : dlm 1-2nm
Size pore skin kita : 80nm.

So boleh absorb tak korang????
Of course bolehla kan.

Jadi, segera dapatkan MJ Serum korang daripada akak untuk kesan optimum perlindungan UV & kulit yang lebih sihat dah sekata.



Nani Mahmud
0134789182

Ahad, 5 Mac 2017

Menuju Puncak Gemilang Cahaya

Sambil mata tengah tengok Triple Tap kat TV3 Jumaat malam lepas, sambil-sambil tu jugalah hati berdag-dig-dug tunggu announcement di group Whatsapp myMJ. Persis tunggu results SPM.😣

Tepat jam 9.52 pm, Puan Leader announced akak as NaturalMJ Top Achiever February 2017 dengan nilai Personal Sales yang akak sendiri terkejut melihatnya. Terus akak hilang fokus kat hero Triple Tap yang kacak itu. Jarang-jarang akak boleh hilang fokus pada orang kacak ni. 😉





Maaf hero kacak. Otak mula ligat berfikir ke lain. Baru sebulan akak terjebak dalam kancah Mary Jardin, Allah dah bagi akak perasaan yang berbunga-bunga semalam. Syukur.😍😍

Korang yang berMary Jardin dengan akak, terima kasih daun keladi.. harap-harapnya dapatkan Mary Jardin korang dengan akak lagi.

Apa akak DAH BUAT sebulan ni untuk achieve Personal Sales sebegitu?
Hello-hello dulu, nanti akak stori.





Akak Nanilofa,
0134789182

Sabtu, 25 Februari 2017

Kenapa Mary Jardin???

Saya mula menggunakan Mary Jardin Face Oil di penghujung bulan Januari baru-baru ini ketika saya mengalami alahan teruk akibat pengambilan antibiotik. Selama seminggu itu juga, saya asyik bercerita tentang MJ Face Oil di Facebook setiap masa dan ketika...kalau tengah bercinta, orang kata angau...ya, seminggu yang pertama saya memang betul-betul angau dengan MJ Face Oil. Tetapi seminggu selepas itu, saya mula melengkapkan regim penjagaan kulit muka dengan Detox Clay Mask dan juga Facial Soap. Ya ampun, angau saya bertambah-tambah parah lepas tu. Kenapa? Sejujurnya, muka saya yang selalu berminyak bak disapu-sapu minyak cap Buruh ni, seolah-olah menjadi neutral kadar minyaknya. Lepas guna Clay Mask pula, saya dapat rasa muka tersangat bersih macam segala kekotoran selama ni disucikan dengan sekali serapan semudah ABC itu sahaja. 

Untuk memudahkan rujukan korang semua, kat sini saya cuba rangkulkan dan simpulkan apa fungsi ketiga-tiga beradik ni & mengapa mereka ini begitu berharga dan istimewa di mata saya.








Korang nak kulit rasa istimewa sebagaimana yang pernah dialami oleh kulit saya? Jangan berlengah lagi, Whatsapp saya sekarang. MJ Basic Set sedia menanti korang.



Nani
Mary Jardin Trusted Agent
0134789182

Jumaat, 24 Februari 2017

CEO Mary Jardin

Ramai yang tertanya-tanya, Mary Jardin ni dari mana asal-usulnya? Siapa Founder nya?
Maka dengan itu, meh kita berkenalan dengan Founder merangkap CEO Mary Jardin ni.

Pengasas produk Mary Jardin ini sendiri adalah seorang doktor iaitu Dr. Maryam Al-Batul Azizuddin. Berikut merupakan ringkasan kronologi karier beliau sehinggalah beliau mula mengasaskan Mary Jardin ini sendiri yang mula berada di pasaran sejak September 2016.


🌷Top Scorer Medical Student UIAM Kuantan

🌷HO (Doktor Pelatih) di Hospital Sungai Buloh (HSB) selama 2 tahun

🌷MO (Doktor Perubatan) Medical di HSB + Dermatology (unit bawah medical) di HSB selama setahun

🌷MO Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai selama 2 tahun 😊

🌷Resigned dan full-time focus pada MJ






Khamis, 23 Februari 2017

Mary Jardin Detox Clay Mask

Face Mask merupakan regim penjagaan kulit muka yang sihat secara mingguan.
Boleh digunakan seminggu sekali atau maksimanya dua kali bergantung kepada keadaan kulit masing-masing.

Lelaki mahupun perempuan keduanya boleh mendapat manfaat dengan penggunaan masker. Nak tahu kenapa ? Kenalah teruskan bacaan 👇

Detox Clay Mask ni adalah Masker tanah liat yang mainly dari Bentonite Clay & French Green Clay. Kenapa warnanya hitam?? Hitam-hitam si tompok manggis, makin dipandang makin tampak manis..chiaa chiaa chiaaa.....

Baiklah. Kandungan Clay Mask yang tersangat best ni ialah:


🔍ACTIVATED CHARCOAL
Mencuci pori, buang blackhead/whitehead
(Faham sekarang kenapa warnanya hitam? 😊)

🔍PAPAYA EXTRACT
Membuang kulit kusam/sel kulit mati ...
Kulit akan cerah semulajadi dan tona lebih sekata. Chemical exfoliation, enzim yang terdapat dalam ekstrak betik memperbaharui sel kulit dengan cara pengelupasan yang sangat halus, kite tak perasan pun. Berbanding guna lulur mechanical, kulit mungkin terluka akibat butir-butir kasar lulur..
Tahukah anda spa-spa yang mahal menggunakan teknik chemical exfoliation...opkos dia tak nak customer lari sebab kena tonyoh scrub yg kasar tu kan..

🔍OAT
Bertindak sebagai lulur/scrub dan melembutkan kulit

🔍ZINC OXIDE
Merawat jerawat dan inflammation.

🔍FRENCH GREEN CLAY / SEA CLAY
Bio-mineral yang mempunyai kuasa serapan yang tinggi. Mempunyai caj ion yang bertindak seperti magnet. Apabila disapu di permukaan kulit, FGC akan melekat kepada molekul toksin dan mengeluarkan toksin semasa cucian.


Hari ni kita berkenalan lebih lanjut lagi dengan Mary Jardin Detox Clay Mask okay. =)


5 sebab kenapa anda perlu menggunakan Mary Jardin Detox Clay Mask SEKARANG.


🍀Relaksasi


Face Mask bukan sekadar menawarkan penambahbaikan secara menyeluruh pada penampilan kulit anda, ia juga boleh jadi agen 'terapuitik senyap'.

Dengan menambah sedikit wangian dari pati minyak beraroma seperti Pudina ataupun air mawar (boleh juga letak Face Oil Mary Jardin yang wangi tuu 😅) boleh menaikkan semangat anda dengan rangsangan deria bau tersebut.

Menggunakan Face Mask boleh dianggap sebagai rawatan yang MEWAH , namun tak perlu berhabis ke spa mahal kerana anda boleh menikmatinya dirumah ! Yeay jimat !!


🍀Pembersihan yang mendalam

Selain pembersihan harian yang kita lakukan dengan pencuci muka untuk menanggalkan habuk ,minyak, makeup dan kotoran dari permukaan kulit.

Adakah anda tahu Face Mask menaikkan lagi level perbersihan kulit muka ?

Hanya Facial Mask yang baik akan membantu menarik keluar kotoran yang tersumbat disebalik lapisan atas epidermis kulit kita.

Bak kata doktor Maryam Founder Mary Jardin, Detox Clay Mask ni macam CLOROX untuk Detoks kulit muka.

Perubahan pada liang pori dapat dilihat dan dirasa selepas penggunaan kali pertama !

Siapa nak macam tu ?


🍀Membersihkan pori tersumbat


Memakai Mask yang mengandungi Bentonite Clay membantu untuk membuang kotoran dan menyerap minyak berlebihan.

Ia juga membantu untuk membuang sel kulit mati yang terkumpul dipermukaan kulit serta membersihkan pori yang tersumbat !


🚩Punca utama jerawat senang nak tumbuh bila pori kita tersumbat yang mana ianya menjadi habitat bakteria bermaharajalela...

Ouchhh..


Jadi dengan menggunakan Mask kulit akan lebih bersih dan tiada pori tersumbat.


Inilah SEBAB UTAMA kenapa anda perlu mula menggunakan Detox Clay Mask !


🍀Muka lebih berseri


Penggunakan Masker akan bantu merangsang aliran darah.

Bermula dari proses menyapu Masker dengan urutan lembut dimuka,pengeringan mask,Mask hampir keras dan termasuklah proses nak mananggalkan Mask menyebabkan perkembangan saluran darah diwajah.

Hal inilah yang memberi efek secara menyeluruh pada tona kulit.

Anda akan dapat kesan kulit lebih lembut dan licin serta akan kelihatan lebih berseri dan segar selepas pemakaian mask 😍


🍀Membantu penjagaan kulit wajah secara holistik


Masker sebenarnya membantu produk penjagaan kulit muka yang lain bertindak lebih efektif .

🚩Kalau anda mahu serum/face oil atau apa-apa produk yang anda gunakan menyerap ke kulit dengan lebih cepat dan mendalam anda MESTI ada Face Mask.


Dengan penggunaan Detox Clay Mask dengan kerap anda akan dapati toner/pelembap/krim dan produk penjagaan lainnya akan bertindak dengan lebih baik dan semestinya kesan yang anda inginkan akan tercapai dalam tempoh yang lebih pantas.


Tak perlu berfikir panjang lagi. Mary Jardin membawakan rangkaian produk setanding barangan di spa-spa mahal lagi berkualiti.
Cepat-cepat pegang handphone anda dan Whatsapp saya segera. Lagi cepat anda miliki Detox Clay Mask ni, lagi cepat anda dapat merasai kesannya di wajah anda.



Nani,
Mary Jardin Trusted Agent,
0134789182





Mary Jardin Facial Soap

Perkara asas dalam penjagaan kulit wajah semestinya adalah kebersihan kulit itu sendiri. Elok cara penjagaannya, maka eloklah hasil kebersihannya.

Mengapa Mary Jardin Facial Soap menjadi pilihan saya tanpa perlu berfikir panjang?
Pertama sekali adalah bahan-bahan yang terkandung dalam sabun itu sendiri serta kesan-kesannya iaitu:

1. Bentonite Clay: kaya dengan mineral, bersifat anti bakteria & bagus untuk mencuci pori. Bentonite clay membantu menyingkirkan toksin merbahaya daripada kulit wajah.

2. Oat: bertindak sebagai scrub/lulur yang menanggalkan sel kulit mati. Oat juga melembutkan kulit.

3. Zinc Oxide: merawat jerawat & inflammation.

4. Goat milk: mampu menggantikan sel kulit baru serta melembapkan kulit.

5. Lavender oil: Wangian aromaterapi semulajadi tanpa pertambahan pewangi sintetik dalam sabun. Lavender oil bersifat antibakteria. Ia juga merawat jerawat & eczema

6. Honey: menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru, memudarkan parut & mengelakkan kedutan pada wajah. Madu mampu mencegah jerawat, eczema & psoariasis.

7. 4 jenis minyak tambahan yang mudah meresap ke dalam wajah untuk keseimbangan natural oil pada lapisan kulit serta melembapkan wajah.
📌palm oil
📌coconut oil
📌castor oil
📌olive oil

Selain itu juga, antara kelebihan Mary Jardin Facial Soap berbanding pencuci muka lain yang berada di pasaran adalah:

✔ Lebih soft dari sabun biasa kerana diperbuat daripada susu kambing sepenuhnya tanpa air

✔ Life shelf : 6 bulan dari manufacturing date.

✔ pH sabun yang beralkali tidak sesuai untuk pembiakan bakteria.

✔ Tanpa paraben: boleh mengurangkan risiko kanser.


Sekali lagi secara ringkasnya, apa FS buat ke atas wajah kita? MJ Facial Soap mampu :

1. Mencuci pori
2. Menghilangkan radang
3. Melembapkan kulit

👆 Sabun ini sesuai untuk pengguna yang mengalami masalah kulit kering, eczema, psoariasis,kulit sensitif & wajah berjerawat merah menyala.

Alami perubahan kulit sihat & halus bak kulit bayi dengan Facial Soap dari Mary Jardin.
Whatsapp segera untuk dapatkan koleksi rangkaian produk Mary Jardin anda.


Nani,
Mary Jardin Trusted Agent
0134789182








Selasa, 21 Februari 2017

Minyak Pelaris Paling Mujarab di Abad Ini!!!

Rangkaian produk Mary Jardin adalah terdiri daripada produk utama seperti Face Soap, Face Oil, Clay Mask dan juga Serum. 
Namun begitu, untuk anda yang mungkin baru nak berjinak-jinak dengan produk homemade, natural tetapi berkualiti tinggi, adalah disarankan untuk menggunakan MJ Face Oil ini. Terdapat campuran 9 jenis minyak unggul di dalam botol kecik ini dengan pelbagai manfaat yang baik seperti berikut:


1) A Great-Great Moisturizer

Olive dan minyak kelapa merupakan kandungan terbaik yang dapat melembapkan kulit. Bagi anda yang memiliki jenis kulit kering dan sensitif, produk tersebut akan bekerja secara efektif jika dikombinasikan dengan krim wajah.


2) Mengurangi Kerutan Pada Wajah

Dermatologi dari Loyola University of Chicagi, Dr. Rebecca Tung, tanda-tanda penuaan boleh diatasi secara maksimum dengan Primrose Oil atau bahan yang mengandung Vitamin E, seperti Argan Oil. Kedua kandungan tersebut ada di dalam produk face oil yang berfungsi menjaga keanjalan.


3) Sebagai Pembersih Wajah

Minyak telah terbukti mampu mengangkat sisa makeup dan kotoran secara berkesan. Di samping itu, face oil tidak akan membuat kulit terasa kering. Oleskan face oil pada seluruh wajah, dan basuh menggunakan kapas atau  tuala.


4) Sesuai untuk kulit sensitif 

Sebagian besar produk face oil memiliki kandungan anti-inflamasi. Kandungan tersebut membantu meredakan peradangan, sensitif serta kulit kemerahan dan terbakar. Untuk hasil yang efektif, pilih produk face oil yang mengandungi minyak Argan, Yangu, atau Geranium. Minyak Argan adalah salah satu kandungan MJ Face Oil.


5) Melindungi Kulit dari Radikal Bebas

Minyak memiliki sifat lipofilik atau mudah larut di dalam lemak. Ia lebih mudah terserap jauh ke dalam kulit dan bekerja secara efektik. Bukan hanya itu saja, face oil juga dapat menangkal radikal bebas, racun, serta asing. Untuk hasil yang lebih maksimum, boleh menggunakan rosehip seed oil yang memiliki tinggi kandungan anti-oksidan.


6) Sebagai Makeup Primer

Ingin mendapatkan hasil riasan wajah dewy-look yang super glowing? Aplikasikan produk face oil sebagai makeup primer. Setelahnya, barulah Anda mengaplikan alas bedak secara merata. Jika tak ingin kesan glowy yang berlebihan, Anda dapat mengaplikasikan setting powder di tahap terakhir.


7) Menyusutkan Pori-Pori

Beberapa kandungan face oil seperti Macadamia, Jojoba, dan Camellia, berfungsi mengangkat kotoran dan lemak yang menumpuk di dalam pori-pori. Namun, sebaiknya anda berkonsultasi lebih dulu dengan doktor kecantikan kulit, karena tidak sedikit pula kandungan face oil yang dapat menyumbat pori-pori kulit.  


8) Anti Jerawat

Tea tree dan jojoba oil dikatakan sebagai salah satu kandungan yang dapat menghilangkan jerawat secara efektif. Dr. Tung menjelaskan bahawa kedua kandungan tersebut dapat mengurangi produksi minyak yang berlebihan. Selain itu, tea tree dan jojoba oil dapat membuat jerawat lebih cepat kering.    



9) Membantu Produk Skin Care Terserap Secara Maksimum

Aplikasikan face oil sebelum menggunakan krim pada wajah. Hal itu berfungsi untuk membantu penyerapan kandungan day cream, night cream, eye cream, ataupun anti-agin cream, lebih maksimal ke dalam kulit. Jika tak ingin memberikan kesan terlalu glowy, tuangkan 2-3 tetes face oil pada krim wajah yang akan di aplikasikan.


Anda pasti tidak mahu ketinggalan dalam usaha murni penjagaan kulit wajah anda secara mudah dan berkesan. Tindakan anda hari ini akan menentukan kehebatan kulit wajah anda hari esok.


Untuk memiliki rahsia kecantikan anda tersendiri, segera Whatsapp / Telegram / Call ke: 
0134789182