Saya mula menggunakan Mary Jardin Face Oil di penghujung bulan Januari baru-baru ini ketika saya mengalami alahan teruk akibat pengambilan antibiotik. Selama seminggu itu juga, saya asyik bercerita tentang MJ Face Oil di Facebook setiap masa dan ketika...kalau tengah bercinta, orang kata angau...ya, seminggu yang pertama saya memang betul-betul angau dengan MJ Face Oil. Tetapi seminggu selepas itu, saya mula melengkapkan regim penjagaan kulit muka dengan Detox Clay Mask dan juga Facial Soap. Ya ampun, angau saya bertambah-tambah parah lepas tu. Kenapa? Sejujurnya, muka saya yang selalu berminyak bak disapu-sapu minyak cap Buruh ni, seolah-olah menjadi neutral kadar minyaknya. Lepas guna Clay Mask pula, saya dapat rasa muka tersangat bersih macam segala kekotoran selama ni disucikan dengan sekali serapan semudah ABC itu sahaja.
Untuk memudahkan rujukan korang semua, kat sini saya cuba rangkulkan dan simpulkan apa fungsi ketiga-tiga beradik ni & mengapa mereka ini begitu berharga dan istimewa di mata saya.
Korang nak kulit rasa istimewa sebagaimana yang pernah dialami oleh kulit saya? Jangan berlengah lagi, Whatsapp saya sekarang. MJ Basic Set sedia menanti korang.
❤
Nani
Mary Jardin Trusted Agent
0134789182
Tiada ulasan:
Catat Ulasan